Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012 telah memutuskan bahawa insentif bagi pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu Hadiah Prestasi sebanyak RM1,000.00 kepada pegawai dalam perkhidmatan awam telah dipinda kepada Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000.00.
Bagi urusan penyediaan Kew.8 bagi tujuan di atas, hendaklah merujuk kepada contoh Kew.8 yang disertakan. Manakala Kew.8 yang telah diluluskan sebelum ini hendaklah dipinda mengikut contoh yang disertakan.
Bersama-sama ini disertakan contoh Kew.8 berkenaan dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012 untuk makluman dan tindakan tuan/ puan selanjutnya. Kew.8 APC yang telah siap hendaklah di hantar ke Jabatan/ Pejabat Pelajaran Daerah dengan kadar SEGERA.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan