Selasa, 25 Jun 2013

Notis Penangguhan Program Cergas Sihat


Assalamualaikum,

Saya adalah diarah merujuk perkara di atas.

Dukacita dimaklumkan bahawa, program cergas sihat yang sepatutnya bemula 25 Jun 2013 terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, memandang cuaca dan keadaan jerebu masih di tahap tidak selamat maka atas mesyuarat jawatankuasa sebulat suara program ini ditangguhkan buat sementara waktu sehingga perkembangan selanjutnya diberitahu/ dimaklumkan...

Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan ini.

sekian, terima kasih.


Jumaat, 21 Jun 2013

Program Cergas Sihat



Assalamualaikum w.r.t. dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kesatuan Pembantu Tadbir Cawangan Kulaijaya (KEPTAN Cawangan Kulaijaya) dan Kelab Kita Pejabat Pelajaran Kulaijaya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kulai akan menganjurkan Program Cergas Sihat (Senamrobik) sepertimana maklumat berikut :
 
Tarikh   :     26 Jun 2013 ( Setiap Rabu )
Tempat :     Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.     
Masa     :     5.30 petang hingga 6.30 petang.

Program akan diadakan setiap hari Rabu bermula 26 Jun 2013 masa dan tempat yang sama. Semua ahli dijemput hadir (bersama ahli keluarga) untuk menyertai program ini…
 
 
catatan: KPT
 

Jumaat, 14 Jun 2013

Mesyuarat Agung KEPTAN Cawangan Kulaijaya Kali ke-14

Mesyuarat Agung KEPTAN Cawangan Kulaijaya telah di adakan pada 13 Jun 2013 di Hotel Selesa, Johor Bahru. Majlis telah dirasmikan oleh YB Encik Ali Mazat Bin Salleh ADUN Bukit Permai, Kulaijaya.
 
Terima Kasih kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai, Datin Hjh Hasnah Binti Md Sem di atas kesudian beliau melapangkan masa untuk turut sama dalam majlis ini. Juga terima kasih kepada Naib Presiden(1) KEPTAN Kebangsaan, Encik Abas Bin Mad Rasad kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung KEPTAN Kali Ke-14 ini.
 
Dalam Mesyuarat ini, beberapa usul dan cadangan telah dikemukanan untuk di bawa ke peringkat kebangsaan.
 
Jawatankuasa KEPTAN merakamkan setinggi-tinggi kepada  semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan, kerjasama dan sokongan bagi menjayakan Mesyuarat Agung KEPTAN Cawangan Kulai Kali Ke -14 ini.
 
 





  














 
 
 
Catatan oleh: KPT
 

 
 
 

Ahad, 9 Jun 2013

Jom Melancong ke Vietnam



Assalaamualaikum...

Sukacita di maklumkan, Persatuan Pembantu Tadbir (KEPTAN) Daerah Kulai akan membuat lawatan sambil belajar ke luar Negara iaitu ke Vietnam :

PACKAGE  : 4 hari 3 malam
TARIKH     : 14 hingga 17 November 2013
HARGA      : RM 1,600.00 SEORANG (PENDAHULUAN RM600.00)
                       *Note: Harga tiket penerbangan mengikut harga semasa sebutharga ini dikeluarkan.
                       *Harga termasuk makan dan minum pergi dan balik sepanjang penerbangan ke Ho Chi Minh Airport.
                       *Harga juga termasuk tambang bas pergi dan balik dari Johor Bahru ke LCCT.

PENDAHULUAN : Bayaran Pendahuluan sebanyak RM600.00 hendaklah dijelaskan sebelum 30 Jun 2013.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta sila berhubung dengan En. Abdul Latiff bin Dawood di talian 013-7465700. (Pengerusi Biro Pelancongan).








Nak tahu lebih menarik lagi tentang Vietnam sila klik :Melancong di Vietnam